Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


EXCO PELANCONGAN TINJAU POTENSI PELANCONGAN PULAU SONGSONG, PULAU TELOR DAN PULAU BIDAN YAN - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, YB Mohd Firdaus Ahmad menjalankan lawatan kerja ke Pulau Songsong, Pulau Telor dan Pulau Bidan semalam. Pulau Songsong yang berkeluasan 62 ekar dengan ketinggian 118 meter mempunyai nilai estetika tinggi dengan pantai berpasir dan air yang jernih. Pulau ini terbentuk oleh batuan Formasi Mahang yang berusia sekitar 450 juta tahun. Ia mempunyai nilai saintifik yang tinggi kerana ia adalah tinggalan proses geologi marin yang berkaitan dengan paras laut Holosen. Sebahagian pantainya terdiri dari batu merah (batu lumpur). Manakala Pulau Telor dan Pulau Bidan pula terkenal dengan keindahan pantai yang menarik minat pelancong datang ke sini. Pulau Bidan yang merupakan satu daripada gugusan pulau di daerah Yan Kedah dikatakan menyimpan khazanah mengenai perkuburan seorang ulama tersohor iaitu Makam Tok Keramat Haji Abdur Rashid. "Kerajaan negeri sedang berusaha untuk memajukan sektor pelancongan di Pulau Songsong, Pulau Telor dan juga Pulau Bidan terutama lokasi perkhemahan kerana sangat sesuai untuk program seperti itu. Perairan sekitar pulau ini juga sesuai untuk aktiviti snorkeling kerana airnya begitu jenih dan mempunyai banyak terumbu karang yang cantik," ujar beliau. Turut hadir Ketua Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah Yan, Syed Amalluddin Hafeez, Timbalan Sektoral Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri (BPEN), Faizal Rizal, Penolong Pengarah BPEN Bahagian Pelancongan, Abdullah Sani, Pengurus Kedah Tourism, Noor Azlan Fitri Haji Abd Razak dan Wakil Majlis Daerah Yan. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/8/2020, 7:00:03 PM 

Tiada ulasan