Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PROGRAM ROBOTIK MUDA RANGSANG MINDA KANAK-KANAK LANGGAR – Satu program Kursus Robotik Muda dilaksanakan di Masjid Sungai Mati semalam. Program berbentuk rangsangan minda merupakan persediaan menghadapi Revolusi Perindustrian Negara 4.0 yang mana rata-rata teknologi menggunakan sistem robot, sensor dan pengaturcaraan. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, YB Romani Wan Salim merasmikan program ini dan menyaksikan YB juga sempat meluangkan masa melihat kemampuan peserta menggerakkan robot ciptaan mereka. Program ini merupakan anjuran di bawah YB sendiri dan kerjasama Masjid Sungai Mati serta NGO Skuad Prihatin. Penyertaan untuk program robotik ini hanya 30 orang sahaja. Namun kehadiran peserta melebihi dari jumlah yang telah ditetapkan pihak penganjur. Peserta paling muda di dalam program ini ialah berusia tujuh tahun dan paling tua berusia 17 tahun. Beliau berharap program yang dijalankan selama dua hari ini akan melahirkan pakar-pakar yang sangat diperlukan oleh umat Islam hari ini. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/21/2020, 2:59:27 PM 

Tiada ulasan