Header Ads

test

ADUN BUKA PUSAT PEMBELAJARAN ATAS TALIAN AYER HITAM - Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Ayer Hitam menawarkan perkh...


ADUN BUKA PUSAT PEMBELAJARAN ATAS TALIAN AYER HITAM - Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Ayer Hitam menawarkan perkhidmatan internet percuma kepada murid yang menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. "Kita dapati di kawasan Ayer Hitam ini mempunyai capaian internet yang lemah. Di samping itu, ada ibu bapa yang mempunyai permasalahan kewangan untuk membeli gajet kepada anak-anak mereka. Jadi, usaha ini dapat memenuhi permintaan dan keperluan internet daripada mereka untuk mengikuti PdPR mereka" ujar ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim. Program terbabit mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar setempat kerana rata-ratanya mengalami masalah capaian internet di kawasan rumah masing-masing. Murid-murid tersebut juga tidak lagi bimbang keciciran pelajaran selepas dapat meneruskan pembelajaran dengan mengikut jadual yang ditetapkan oleh guru masing-masing. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/27/2021, 4:06:18 PM 

Tiada ulasan