Header Ads

test

INTIPATI BICARA MB KEDAH DI SIARAN RTM ALOR SETAR - Bicara Hello YB oleh Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor d...


INTIPATI BICARA MB KEDAH DI SIARAN RTM ALOR SETAR - Bicara Hello YB oleh Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Radio Malaysia Kedah (RTM) membincangkan berkaitan kepimpinan Haji Sanusi dalam pentadbiran Kedah selama 231 hari memerintah. Haji Sanusi turut menceritakan perjalanan menjadi Menteri Besar selama pemerintahan beliau. Beliau juga berkata, setiap isu dan permasalahan yang berlaku dapat diatasi dengan sokongan yang baik dari pegawai kerajaan negeri Kedah. Beliau memaklumkan juga berkenaan sumbangan bekalan makanan dan sumbangan tunai yang telah diberikan kepada penduduk-penduduk yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan yang terbabit. Beliau berpesan supaya rakyat Kedah khususnya menyebarkan dan kongsi maklumat yang sahih dan dapat dari sumber yang betul. "Tidak boleh sebarkan budaya kebencian di dalam masyarakat. Lama kelamaan budaya ini akan merebak dan membinasakan masyarakat kita. Saya ambil hari ini, kesempatan nak pesan kepada kawan-kawan saya. Kita kongsi maklumat yang kita sahihkan dahulu, sahih baru kongsi. Kemudian kita menulis dalam pengetahuan sendiri, kita tak tau lagi tapi kita dah tulis. Itu pun tak boleh," ujar beliau. Dalam masa yang sama juga, beliau memaklumkan pada 7 Januari ini akan dilancarkan norma baharu bagi mengekang pandemik COVID-19 di negeri Kedah. "Berkenan dengan projek berimpak tinggi, jika kita tak laksanakan kita telah buang masa. Projek yang baik kita teruskan, contohnya Lapangan Terbang Kulim (KXP) yang telah diusahakan selama enam tahun. Kerajaan kedah akan usahakan supaya KXP berjaya. Asalkan projek ini berjaya dan menjadi manfaat untuk rakyat Kedah," jelas beliau. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/3/2021, 9:14:13 PM 

Tiada ulasan