Header Ads

test

ISU AIR: KEDAH SEDIA BERUNDING DENGAN KERAJAAN PULAU PINANG ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah bertegas untuk berunding secara...


ISU AIR: KEDAH SEDIA BERUNDING DENGAN KERAJAAN PULAU PINANG ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah bertegas untuk berunding secara terus dengan kerajaan negeri Pulau Pinang berkaitan isu sumber air mentah. "Saya juga ingin menasihati syarikat-syarikat khususnya Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) agar tidak lagi membuat kenyataan yang menyentuh kerajaan negeri Kedah kerana Kedah adalah satu kerajaan yang berdaulat," ujar Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor ketika sidang media di Wisma Darul Aman, semalam. Menurutnya lagi, ''Kedah adalah sebuah kerajaan berdaulat sebelum dan selepas menandatangani perjanjian menyertai Malaysia pada tahun 1963. Kedaulatan ini adalah meliputi kerajaan yang sah. Semalam, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) telah memberi taklimat beberapa isu berkaitan kebergantungan Pulau Pinang terhadap sumber air negeri Kedah. Sanusi berkata, kerajaan negeri akan memperhalusi berkaitan sejarah dan undang-undang yang telah ditandatangani berkait dengan laporan yang diterima. Tambah beliau, tidak sewajarnya pihak syarikat seperti PBAPP mencampuri urusan kerajaan negeri termasuk wilayah, tanah, sungai, air, hutan di negeri Kedah. 'Saya ingin memberi peringatan kepada syarikat tersebut khususnya orang yang suka bercakap di dalam syarikat untuk tidak menyentuh kepentingan dan kedaulatan negeri Kedah khususnya berkaitan tadahan air hujan sama ada di Ulu Muda atau mana-mana sumber air di negeri ini," tegas beliau. Menurutnya lagi, kerajaan negeri bertanggungjawab bagi mempertahankan apa-apa kepentingan termasuk pertikaian yang berlaku antara negeri-negeri. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/13/2021, 11:00:33 AM 

Tiada ulasan