Header Ads

test

KARNIVAL MAKANAN ‘FOOD REPUBLIC’ BANTU USAHAWAN KEDAH ALOR SETAR – Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia ...


KARNIVAL MAKANAN 'FOOD REPUBLIC' BANTU USAHAWAN KEDAH ALOR SETAR – Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia & Sukan dan Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Kedah, YB Mohd Firdaus Ahmad, diberi taklimat dari Avatar Event Management berkenaan penganjuran 'Food Republic' yang bakal diadakan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 'Food Republic' ialah sebuah karnival makanan yang bakal diadakan di perkarangan Dataran Menara Alor Setar, ianya merupakan platform untuk memperkenalkan makanan khususnya dari negeri di utara Tanah Air dalam usaha membantu para usahawan yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Turut hadir, Penolong Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi (BPEN) Abdullah Sani Adnan dan Pengurus Unit Pembangunan Usahawan Kedah (UPUK) Roslan Mohamed. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/15/2021, 9:01:17 AM 

Tiada ulasan