Header Ads

test

PERPUSTAKAAN DIGITAL KEDAH RAIH SAMBUTAN RAMAI ALOR SETAR - Perpustakaan Digital Kedah (KDL) mendapat sambutan hangat dengan le...


PERPUSTAKAAN DIGITAL KEDAH RAIH SAMBUTAN RAMAI ALOR SETAR - Perpustakaan Digital Kedah (KDL) mendapat sambutan hangat dengan lebih 660 pelanggan dan 60 orang pengguna telah menjadi ahli berdaftar sejak awal tahun ini. "KDL yang berkonsep perpustakaan dalam taman, didirikan di bangunan Memorial Tunku Abdul Rahman menggabungkan unsur-unsur warisan dan teknologi sebagai elemen tarikan. KDL akan memberi manfaat kepada lebih dari 2 juta penduduk Kedah dalam menuntut ilmu dan peningkatan diri," ujar Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor ketika mempengerusikan mesyuarat NCIA - Jawatankuasa Pemandu Negeri (JPN) secara atas talian di Wisma Darul Aman, hari ini. Menurut Haji Sanusi, pelaksanaan program modal insan dan projek strategik NCER telah memberi banyak manfaat kepada Kedah serta membantu meringankan beban kehidupan rakyat sepanjang tempoh mencabar ini. "Diharapkan program-program ini dapat terus memainkan peranannya dalam membantu rakyat untuk berdepan dengan gelombang ketiga pandemik COVID-19," ujarnya. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/18/2021, 9:30:57 PM 

Tiada ulasan