Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


HEBAHAN: MUAT TURUN BORANG PERMIT PERGERAKAN PKP DAN PKPB BAGI TUJUAN RENTAS NEGERI ATAU DAERAH Bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah, anda dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan. Borang kebenaran boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM melalui pautan berikut: 1. Borang Permit Pergerakan PKP, https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/permit-pergerakan-perintah-kawalan-pergerakan-(pkp)/borang-permit-pergerakan-perintah-kawalan-pergerakan-(pkp).jpeg 2. Borang Permit Pergerakan PKPB, https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/Penerbitan/borang-permit-pergerakan-pkpb.pdf?sfvrsn=2 Ikuti langkah-langkah berikut bagi urusan permohonan kebenaran pergerakan: 1. Memuat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) di Portal atau Media Sosial Rasmi PDRM; 2. Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) salinan; 3. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan. Sumber: Polis Kota Setar -UPDA 1/14/2021, 10:18:08 AM 

Tiada ulasan