Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


30 PELAJAR SK HAJI ABU BAKAR MENERIMA SUMBANGAN ZAKAT KOPORAT ALOR SETAR – Seramai 25 murid Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar dan lima murid Madrasah Al-Solihin menerima sumbangan Zakat Korporat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam 'Program Syoqnya Kembali Ke Sekolah' semalam. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, YB Romani Wan Salim hadir merasmikan program ini dan menyampaikan sumbangan RM300. RM200 diterima secara tunai dan RM100 pula telah dikreditkan ke dalam akaun (SSPN). Program ini merupakan sebuah program kerjasama antara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Alor Setar dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Perlis. Di dalam penyerahan ini, SSM mengambil langkah proaktif apabila turut membantu para waris penerima untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Turut hadir, Pengarah SSM Negeri Kedah, Ramli Leen, Pengurus Besar PTPTN Negeri Perlis, Siti Jahara Mohd Idris dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar, Wan Zainah Wan Nawawi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/13/2021, 3:00:01 PM 

Tiada ulasan