Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PENDUDUK KUPANG TERIMA BANTUAN KERAJAAN NEGERI AKIBAT TERJEJAS COVID-19 BALING - Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Baling memberikan sumbangan kepada hampir 200 penduduk yang terkesan wabak itu termasuk mereka yang dikuarantin dan positif COVID-19. Menurut ADUN Kupang, YB Brigadier Jeneral (B) Dato' Najmi Ahmad pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati para ADUN untuk salurkan bantuan melalui agensi berwajib. "Jauh dalam sudut hati saya sebenarnya ingin turun sendiri hingga muka pintu rumah penduduk untuk agihkan bantuan. "Namun apakah daya, penularan wabak ini memaksa bantuan tidak diagihkan secara bersemuka," ujar beliau. Tambah beliau lagi, bantuan daripada Kerajaan Negeri Kedah telah diagihkan di Kampung Lanai, Taman Wawasan, Kampung Jerai, Pekan Kupang, Kampung Landak Hilir dan kampung-kampung lain. Beliau juga memaklumkan bahawa semalam seramai 22 buah keluarga di Taman Wawasan dan Taman Amalanda dan kg Landak Hilir telah menerima bantuan ini. Sekurang-kurangnya dengan bantuan yang disalurkan, kebajikan penduduk terutamanya dan mimum mereka terjaga. "Oleh itu saya selalu berpesan kepada PKWR DUN Kupang supaya sentiasa bersiap sedia, jangan matikan telefon dan segera jawab panggilan penduduk walaupun pada jam dua atau tiga pagi. "Ini kerana, di saat kita lena tidur ada yang sedang menitiskan air mata dihimpit kesusahan, " tambah beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/23/2021, 3:00:22 PM 

Tiada ulasan