Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Tengok itik duk berenang dalam tali ayaq tu tenang ja. Berenang sambil basahkan seluruh badan.😅 "Tenang dan lancar sungguh itik ni, muka macam takda masalah". Sebenarnya kaki itik tengah berusaha keras mengayuh kiri kanan bagi memastikan sentiasa terapung di permukaan air. Kita hanya melihat separuh badan hakikatnya kaki itik sedang mengayuh di bawah permukaan air. Bagusnya itik walaupun dalam keadaan sukar, mukanya tetap tenang sambil kakinya laju berenang serta mengayuh. Adakah itik rasa terbeban dengan tindakannya? Tidak, kerana itik suka berenang! Begitu juga jika hendak berjaya. Kita hendaklah sentiasa bertenang dan cuba mengawal hidup sebaiknya. Walaupun nampak tenang, tetapi sebenarnya sedang giat mencari jalan penyelesaian terhadap segala permasalahan yang timbul. Menempuh cabaran dengan penuh ketenangan. Terbeban? Sudah pasti, tidak! Kerana ia satu keseronokan seperti itik yang gembira kerana dapat berenang.😊 #streetphotography #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/26/2021, 3:01:41 PM 

Tiada ulasan