Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


LEMBAGA ZAKAT KEDAH LANCAR MISI BANTUAN BANJIR NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR ALOR SETAR - Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Projek Asnaf Care menyalurkan bantuan bagi membantu dan meringankan pihak Kerajaan Negeri Pahang serta Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam menangani musibah banjir ini. Bantuan ini meliputi 16 buah kenderaan pelbagai jenis, diiringi oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah sepanjang perjalanan ke sana dengan muatan bekalan Beras 5 kg (18,000 kampit) bersamaan 90 tan beras, Kicap Mudim sebanyak 1000 botol dan Sos Mudim sebanyak 1000 botol serta lain-lain jenis barangan makanan. Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Lembaga Zakat Kedah, YB Dato Paduka Ammar Dato Shaikh Mahmood Naim. Misi ini juga dibantu daripada pelbagai pihak terutamanya Syarikat-Syarikat Sahabat Zakat Kedah seperti Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Mudim Zakaria Food Industries Sdn Bhd (MUDIM), QSR Brands (M) Holdings Berhad dan lain-lain lagi dengan jumlah keseluruhan nilai bantuan adalah lebih kurang sebanyak RM241,000.00. Menurut pihak LZNK, kesemua peruntukan bantuan yang digunakan untuk misi ini adalah di bawah Asnaf Amil dan tidak melibatkan peruntukan asnaf-asnaf lain. Ini adalah untuk menunjukkan solidariti LZNK dalam menjalankan misi kemanusiaan membantu saudara-saudara yang terjejas akibat musibah banjir ini di negeri Pahang dengan lebih meluas dan menyeluruh. Turut hadir, Mufti Negeri Kedah merangkap Ahli Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato Paduka Syeikh Fadzil Haji Awang, Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, YB Brigedier Jeneral (B) Dato Haji Najmi Haji Ahmad dan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan, YB Hajah Halimaton Shaadiah Saad. Sumber - Lembaga Zakat Negeri Kedah 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/11/2021, 11:36:32 AM 

Tiada ulasan