Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


BADDROL BAKHTIAR DILANTIK IKON PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU ALOR SETAR - Kapten Bola Sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar dilantik sebagai ikon pembudayaan norma baharu negeri Kedah. Beliau akan bertindak menjadi jurucakap bagi pelbagai platform kerajaan negeri dan menjadi model bagi bahan-bahan promosi berkaitan pembudayaan norma baharu. Kerajaan negeri Kedah juga melancarkan kempen pembudayaan norma baharu yang akan dilaksanakan di semua daerah di Kedah. Penyerahan replika cek RM5,000 kepada setiap daerah bagi merealisasikan kempen ini. "Ini sebahagian usaha kerajaan untuk memastikan rakyat Kedah selamat, ekonomi kembali cergas dan kesihatan kita ketika ini serta masa depan akan lebih baik. Kempen ini akan digerakkan di semua daerah," ujar Menteri Besar Kedah ketika pelancaran kempen. Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor turut mengetuai bacaan ikrar pembudayaan norma baharu. Ikon pembudayaan norma baharu, Baddrol Bakhtiar sempat mengadakan demonstrasi pemakaian pelitup muka dan cara mencuci tangan yang betul pada penghujung program pelancaran kempen tersebut. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/10/2021, 9:06:21 AM 

Tiada ulasan