Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KUNJUNG HORMAT PERSATUAN PEMBAYAR-PEMBAYAR CUKAI NEGERI KEDAH KE PEJABAT MENTERI BESAR KEDAH ALOR SETAR – Persatuan Pembayar-Pembayar Cukai Negeri Kedah hadir kunjungan hormat Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman, hari ini. Menurut Presiden Persatuan Pembayar-Pembayar Cukai Negeri Kedah, Dr Zikri Haji Abdul Ghani persatuan ini ditubuhkan pada tahun 2000 ketika zaman pemerintahan Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Joned. Matlamat penubuhan persatuan ini adalah untuk menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan Negeri pada ketika itu. Pertemuan ini juga adalah pertemuan pertama pada tahun 2021. Pihak persatuan juga membentangkan gerak kerja dan aktiviti terbaru kepada Haji Sanusi. Pertemuan ini diakhiri dengan penyerahan cenderahati yang ditaja oleh usahawan seperti Produk House Of Healin Alor Setar, Produk Sabung, Khat Kaligrafi Al-Arabi serta plag dari Persatuan Pembayar-Pembayar Cukai Negeri Kedah. Turut hadir, Timbalan Pengerusi MATTA Kedah perlis, Hajah Rohanee Ismal, Pengerusi Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia negeri Kedah, Mohd Firdaus Kalkausar Kasim bersama ahli persatuan, Datin Che Zamilah Ibrahim dan Muhammad Syukri Haji Ibrahim. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/11/2021, 9:00:42 PM 

Tiada ulasan