Header Ads

test

KEDAH BERI BANTUAN RM7.4 JUTA ALOR SETAR – Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM7.4 juta bagi membantu rakyat yang terkesa...


KEDAH BERI BANTUAN RM7.4 JUTA ALOR SETAR – Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM7.4 juta bagi membantu rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19 ini. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, antara golongan yang menerima bantuan ini adalah para peniaga yang akan menerima alatan perniagaan melibatkan khemah boleh lipat, meja dan dapur yang bernilai RM350 dengan peruntukan sebanyak RM1.26 juta diagihkan kepada 3,600 individu yang terpilih. "Untuk penjaja kecil akan disalurkan melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat dan Penyelaras Dun," ujar beliau kepada sidang akhbar di Wisma Darul Aman, semalam. Katanya, peruntukan akan diberikan kepada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membina kawasan perniagaan baharu yang dilengkapi dengan kemudahan dan memberi manfaat kepada peniaga kecil. "Kerajaan Negeri peruntukan RM1.2 juta kepada 12 PBT untuk bina kawasan baharu dengan kemudahan dan diagihkan kepada PBT daerah untuk buat ruang niaga," ujar beliau. Kata beliau lagi, Kerajaan Kedah juga memberi bantuan pinjaman tanpa faedah kepada pengusaha pelancongan dan penghantar makanan sehingga maksimum RM5,000. Anggaran 400 pemohon yang akan menerima bantuan tersebut. "Pinjaman mudah tanpa faedah dan perlu membayar balik. Akan diuruskan di bawah Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK). Bayaran akan diberi secara dalam talian ke dalam akaun penerima berdasarkan kelulusan Jawatankuasa Akaun Amanah UPUK," ujar beliau lagi. Tambahnya lagi, kerajaan juga akan mengagihkan 3,600 tablet kepada 100 pelajar terpilih di setiap DUN bagi memudahkan Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang melibatkan kos lebih RM1.6 juta. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'. #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/11/2021, 1:10:03 PM 

Tiada ulasan