Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Stesen Keretapi Lama Alor Setar telah dibina pada tahun 1912 dan dibuka pada Oktober tahun 1915. Kedudukannya bersebelahan dengan Stesen Keretapi Baharu. Dahulunya, hanya ada dua perjalanan sehari iaitu keretapi Ekspress Senandung Malam dari arah Utara ke Selatan dan Ekspress Senandung Langkawi dari arah Selatan ke Utara. Stesen keretapi lama ini tidak beroperasi setelah digantikan dengan stesen baharu di sebelahnya bermula 12 Jun 2014. Perkhidmatan keretapi sekarang menawarkan dua jenis mod keretapi iaitu KTM ETS dan KTM Komuter Sektor Utara. Ciri menarik yang terdapat pada stesen lama ini ialah menara jamnya yang masih cantik. Kini, bangunan ini telah dijadikan Railway Tavern Restaurant & Bar. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #streetphotography #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/10/2021, 11:52:25 AM 

Tiada ulasan