Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PETUGAS BARISAN HADAPAN TERIMA VAKSIN COVID-19 HUJUNG FEBRUARI ALOR SETAR – Petugas barisan hadapan di negeri ini dijadual menerima suntikan vaksin COVID-19 hujung bulan ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, YB Dato Dr Mohd Hayati Othman berkata, pelaksanaan imunisasi vaksin COVID-19 mempunyai tiga fasa. Fasa pertama akan dimulakan dengan barisan hadapan, fasa kedua April hingga Ogos yang melibatkan 9.4 juta, seterusnya fasa ketiga 13.7 juta bermula Mei 2021 sehingga Februari 2022. "Target semua sebanyak 23.6 juta dan kita berhajat untuk memberi vaksinasi kepada 70 peratus rakyat Malaysia supaya kita dapat mencapai imuniti kelompok di dalam masyarakat, " ujar beliau kepada media selepas memberi taklimat berkaitan Program Pemberian Suntikan Vaksin di Bilik Gerakan Bencana Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), hari ini. Beliau memaklumkan suntikan vaksin ini boleh didapatkan di semua Pusat Kesihatan di Kedah. "Saya ingin menyeru kepada semua masyarakat. Vaksin ini adalah vaksin yang telah dipastikan selamat. Vaksin yang kita perolehi ini daripada vaksin Pfizer Biontech yang menggunakan mRNA COVID-19 untuk diberikan kepada masyarakat. Tidak melibatkan haiwan," ujar beliau. Turut hadir Pengarah HSB, Dr. Zaiton Udin serta Pakar Perunding Perubatan HSB, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan. Dalam masa yang sama juga, beliau turut memaklumkan kondisi sukarelawan yang menerima vaksin berada dalam keadaan baik. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/15/2021, 4:37:15 PM 

Tiada ulasan