Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MB, ASSAK SUMBANG TABLET SIK- Menteri Besar Kedah yang juga ADUN Jeneri bersama ahli Alumni Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa Kedah (ASSAK) menyampaikan sumbangan tablet kepada 5 pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa hari ini. Difahamkan, Muhammad Sanusi juga merupakan ahli alumni ASSAK. Menurutnya, pihak ASSAK telah membeli 49 tablet dan sebuah laptop untuk diserahkan kepada 50 orang pelajar dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa bagi negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Muhammad Sanusi dan ASSAK berharap agar sumbangan ini dapat membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lebih baik dan selesa. Turut sama, Presiden ASSAK, Professor Madya Dr Mohd Sobri Don. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/13/2021, 10:18:51 PM 

Tiada ulasan