Header Ads

test

PKWR AGIH PELINDUNG MUKA KUPANG- Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang memberi sumbangan pelindung muka kepada Angkatan ...


PKWR AGIH PELINDUNG MUKA KUPANG- Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang memberi sumbangan pelindung muka kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Baling, semalam. Penolong Pegawai PKWR Ustaz Hassan Saad berkata, inisiatif diambil pihaknya itu bertujuan mengurangkan risiko penularan COVID-19 kepada 'frontliners'. "Insha Allah, untuk permulaan kita agihkan untuk anggota APM dahulu. "Selepas ini, ia akan diluaskan kepada frontliner yang lain pula," katanya. Sementara itu, Ustaz Hassan berkata, seluruh masyarakat perlu memainkan peranan penting membantu petugas barisan hadapan mengawal COVID-19. "Jangan kita bersikap acuh tak acuh dengan masalah ini. Sebagai seorang Muslim, menjaga nyawa diri dan orang lain amat dituntut dalam Syarak. "Jika seluruh masyarakat menjaga SOP, jaga solat dan tidak buat maksiat, Insha Allah COVID-19 ini akan hilang," katanya. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/8/2021, 11:44:25 AM 

Tiada ulasan