Header Ads

test

Sebuah bot dibuat untuk berada di tengah lautan dan bukannya sekadar berlabuh di muara. Begitulah manusia diciptakan mengharung...


Sebuah bot dibuat untuk berada di tengah lautan dan bukannya sekadar berlabuh di muara. Begitulah manusia diciptakan mengharungi kehidupan dan bukannya sekadar berdiam menanti kehidupan ini berakhir. Inilah layar kehidupan yang pasti akan berjumpa ombak dan badai sepanjang mengharungi kehidupan ini. Perjalanan ini harus dinikmati sehingga sampai ke destinasi tujuan. Setiap kesilapan yang pernah kita lakukan adalah sebahagian daripada proses kehidupan. Usah diulangi kesilapan itu sebaliknya jalan terus menuju perubahan. Awan mendung membuatkan langit gelap, tetapi sejuknya air hujan akan turun selepas itu adalah suatu khabar gembira.☺️ 'Indahnya Kehidupan' bukan terletak pada kesenangan yang banyak, tetapi terletak pada rasa syukur kita.😊 #streetphotography #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/2/2021, 1:00:02 PM 

Tiada ulasan