Header Ads

test

Alam sekitar merupakan aset yang penting untuk kelestarian kehidupan semua makhluk di muka bumi ini. Oleh itu, menjaga dan me...


Alam sekitar merupakan aset yang penting untuk kelestarian kehidupan semua makhluk di muka bumi ini. Oleh itu, menjaga dan memelihara alam sekitar ini amat penting. Bagaimana pula dengan kewajiban dan tanggungjawab menjaga dan memelihara alam sekitar ini buat kita sebagai umat Islam? Ya! sebagai seorang mukmin, kita tidak terkecuali dari tanggungjawab ini. Ingatlah alam sekitar ini juga adalah ciptaan Allah SWT dan setiap ciptaannya pasti ada sebab dan fungsinya. Adalah menjadi tanggungjawab setiap umat manusia untuk memelihara alam sekitar ini kerana kita telah diamanahkan melalui sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud : "Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan." (Hadis riwayat Muslim). 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/18/2021, 10:19:16 AM 

Tiada ulasan