Header Ads

test

ANAK KEDAH RANGKUL JUARA ALL ENGLAND ALOR SETAR - Juara All England, Lee Zii Jia bakal diraikan di Kedah setelah selesai tempoh...


ANAK KEDAH RANGKUL JUARA ALL ENGLAND ALOR SETAR - Juara All England, Lee Zii Jia bakal diraikan di Kedah setelah selesai tempoh kuarantin selepas pulang dari England. Pemain badminton kelahiran Kedah itu akan menerima imbuhan sebagai ganjaran atas kejayaannya. Bagaimanapun imbuhan tersebut masih dalam pertimbangan dan akan diumumkan kelak. Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor ketika sidang media semalam. "Saya cukup berbangga dengan pencapaian (juara All England) Lee Ji Zia ini, sebagai anak Kedah dan masih muda iaitu baru berumur 23 tahun. Beliau juga memiliki tahap disiplin yang sangat tinggi. Saya ucapkan tahniah kepadanya bagi pihak kerajaan negeri," ujar Haji Sanusi. Menteri Besar melihat faktor keharmonian keluarga dan sokongan moral turut menjadi teras kekuatan Lee Zii Jia disamping disiplin tinggi dalam latihan. Justeru Haji Sanusi menyeru rakyat Kedah memperkasa institusi kekeluargaan dan memberi fokus mengasah bakat pada anak-anak mereka. "Dia (Zii Jia) mendapat sokongan keluarga yang sangat kuat. Faktor sokongan kekeluargaan yang kuat ini membantu pencapaian anak-anak. Saya fikir ibu bapa yang ada anak berkebolehan perlu memberi galakan dan sokongan sekurangnya sokongan moral agar anak kita cemerlang dalam bidang sukan," sambung Menteri Besar lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/25/2021, 11:46:49 AM 

Tiada ulasan