Header Ads

test

HAJI SANUSI TEGAS TUNTUT CAS AIR MENTAH KEPADA PULAU PINANG YAN – YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor bertegas untuk membawa kes pe...


HAJI SANUSI TEGAS TUNTUT CAS AIR MENTAH KEPADA PULAU PINANG YAN – YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor bertegas untuk membawa kes penggunaan air mentah Sungai Muda ke mahkamah sekiranya Pulau Pinang enggan membayar cas tersebut. "Kerajaan negeri akan memohon Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk mengadakan proses timbang tara untuk mengatasi masalah ini. "Kalau timbang tara itu tak dapat diselesaikan, kita akan bawa ke mahkamah, " tegas beliau ketika sidang media di Pejabat Daerah dan Tanah, Yan semalam. Menurut beliau, akibat daripada keengganan ini akan menyebabkan permasalahan lain yang berlaku. Kerajaan negeri akan menjalankan beberapa projek yang mungkin bakal memberi kesan kepada sumber air yang selama ini disedut oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk kegunaan perniagaan. "Kita sebenarnya ada projek-projek yang belum diumumkan yang akan memberi masalah kalau mereka terus enggan membayar," jelas beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/18/2021, 9:00:01 PM 

Tiada ulasan