Header Ads

test

Hebahkan Kepada Geng Muda Kedah Peluang Terbuka Mac 2021: Adalah dimaklumkan pihak Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah deng...


Hebahkan Kepada Geng Muda Kedah Peluang Terbuka Mac 2021: Adalah dimaklumkan pihak Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah dengan Kerjasama Admal Aviation College akan menganjurkan satu program iaitu Program Aircraft Manufacturing Technician (AMT). Dengan berbesar hati, pihak MBI Kedah ingin mengalu–alukan penyertaan kepada rakyat Negeri Kedah untuk menyertai program ini. Bersama-sama ini, turut dilampirkan borang penyertaan dan syarat – syarat yang telah ditetapkan kepada peserta oleh pihak Admal Aviation College. Syarat – syarat yang di tetapkan adalah seperti berikut :- a. Diberi keutamaan kepada Golongan B40 b. Berumur 19 sehingga 25 tahun c. Tahap Pendidikan Pemohon Diberi keutamaan kepada pemohon lepasan SPM :- i) Gagal menyambung pelajaran disebabkan masalah kewangan ii) Keputusan SPM yang kurang memuaskan iii) Tidak berminat untuk menyambung pelajaran dan ingin terus bekerja d. Tempoh kursus selama 3 bulan dan diteruskan dengan Latihan Industri selama 6 bulan e. Kemudahan asrama, makanan serta elaun (bergantung kepada pihak Penaja) f. Sertakan salinan -Kad pengenalan pemohon -Keputusan peringkat Diploma (Sekiranya ada) -Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sehubungan itu, Jabatan Komunikasi Korporat dan Multimedia akan bertindak sebagai wakil MBI Kedah untuk mengumpul borang permohonan tersebut sebelum 15 Mac 2021 bagi tindakan selanjutnya untuk sesi pemilihan peserta oleh pihak Admal Aviation College untuk kemasukkan pada bulan April. Untuk sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh berhubung dengan pihak Jabatan Komunikasi Korporat dan Multimedia , Cik Siti Natratulnaim Zakaria di talian 04-7302137 / 04-7310122. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak Tuan/Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih. -UPDA 3/3/2021, 11:00:02 PM 

Tiada ulasan