Header Ads

test

KEDAH LANCAR APLIKASI iBAYAQ ALOR SETAR - Kerajaan negeri mengambil inisiatif gerbang pembayaran menggunakan aplikasi iBAYAQ un...


KEDAH LANCAR APLIKASI iBAYAQ ALOR SETAR - Kerajaan negeri mengambil inisiatif gerbang pembayaran menggunakan aplikasi iBAYAQ untuk memudahkan rakyat menjelaskan cukai tanpa perlu hadir ke kaunter pembayaran. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, aplikasi ini perlu didaftarkan menggunakan kad pengenalan dan seterusnya membuat bayaran bagi perkhidmatan yang disediakan. "Penguna juga boleh membuat bayaran melalui iBAYAQ dengan kaedah mengimbas QR kod yang tertera di bil masing-masing. Alhamdulillah, setakat ini, jumlah pengguna yang telah berdaftar dengan aplikasi iBAYAQ ialah seramai 19 ribu pengguna," ujar beliau ketika sesi pelancaran aplikasi iBAYAQ di Wisma Darul Aman, hari ini. Katanya, kutipan bagi tahun 2021 sehingga hari ini melalui aplikasi iBAYAQ berjumlah RM 1.9 juta dan kutipan bagi tahun 2020 berjumlah RM 1.4 juta. Tambah beliau lagi, iBAYAQ ini akan diperluaskan penggunaannya untuk terimaan hasil yang lain seperti, hasil hutan, hasil daerah, lain-lain hasil negeri serta cukai pintu PBT. Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk memperluaskan aplikasi iBAYAQ ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada tahun 2022. "Oleh itu, saya menyeru kepada semua rakyat Kedah, marilah kita bersama-sama gunakan aplikasi ini bagi memudahkan urusan bayaran anda semua," ujar beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 3/3/2021, 7:08:13 PM 

Tiada ulasan