Header Ads

test

KEDAH SASAR PERKASA USAHAWAN BELIA PUTRAJAYA – Kerajaan Negeri Kedah optimis dalam membantu usahawan belia dengan menyediakan l...


KEDAH SASAR PERKASA USAHAWAN BELIA PUTRAJAYA – Kerajaan Negeri Kedah optimis dalam membantu usahawan belia dengan menyediakan lebih banyak pusat latihan dan bantuan perniagaan bagi melonjakkan ekonomi belia secara bersasar berdasarkan sektor pilihan dan sesuai dengan situasi pandemik COVID-19. EXCO Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia & Sukan dan Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Kedah, YB Mohd Firdaus Ahmad berkata, dengan menyediakan pusat-pusat latihan akan menggalakkan lebih ramai belia menerokai bidang baharu yang menjadi keperluan masa hadapan dan memastikan ia dapat diceburi semua lapisan belia. "Melalui pelbagai inisiatif ini, ia pasti dapat membantu kelangsungan hidup dalam menghadapi pandemik ini dan meningkatkan kesejahteraan hidup belia di negeri Kedah dan juga negara kita Malaysia," ujar beliau ketika mengadakan pertemuan bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad, baru-baru ini. Beliau juga berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat memberikan peluang perniagaan demi membantu usahawan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 ini. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/1/2021, 3:00:25 PM 

Tiada ulasan