Header Ads

test

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN PPIM, NGO ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta NGO yang terlibat menyumbang 400...


MISI BANTUAN KEMANUSIAAN PPIM, NGO ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta NGO yang terlibat menyumbang 400 kotak Infak Rezeki yang mengandungi barangan keperluan asas dapur. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Makanan, Perusahaan Peladangan & Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India, YB Azman Nasrudin mewakili Menteri Besar, menerima sumbangan ini yang diadakan di Blok E, Wisma Darul Aman. PPIM di bawah seliaan Unit Kebajikan PPIM (UKPPIM), Pejabat Menteri Besar KEDAH, Persatuan Sukan Rekreasi & Kebajikan APZ N9 dan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) telah menganjurkan Program Misi Bantuan Kemanusiaan Kedah pada 19 - 21 Mac 2021 bagi menyantuni rakyat di beberapa daerah di Negeri Kedah. ''Bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PPIM, Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), Sumbangan Dot Com, BarokahWorks, Persatuan Usahawan Wanita Dan Keusahawan Agro (WEAGRO), SATRIA Intelligence Agency Sdn Bhd, Datakraf Solution Sdn Bhd dan Evercs Transport & Logistics yang memberi tajaan dan sudi bersama-sama membantu masyarakat yang memerlukan. ''Saya berharap ianya sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat dalam menghadapi pandemik Covid-19 pada hari ini'', ujar YB Azman. Katanya, mengikut kepada pendapatan negeri, Kedah merupakan antara negeri yang berada di tahap kemiskinan. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 3/21/2021, 5:30:49 PM 

Tiada ulasan