Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


ENAM PENERIMA VAKSIN PFIZER-BIONTECH ALOR SETAR – Seramai enam orang hari ini menerima suntikan Vaksin Pfizer-BioNTech termasuk Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Program ini diadakan di pekarangan Blok E Wisma Darul Aman hari ini. Menurutnya dalam Sidang Media, Kedah menerima 50,000 Vaksin Pfizer-BioNTech yang boleh digunakan untuk 25 ribu rakyat Kedah bagi fasa pertama bermula hari ini sehingga bulan April. Tiga lokasi yang menerima vaksin bagi fasa ini ialah Alor Setar, Sungai Petani dan Langkawi. Fasa kedua akan bermula bulan April dan fasa seterusnya akan berakhir pada Februari 2022. Dianggarkan seramai 1.76 juta rakyat di Kedah, berumur 18 tahun ke atas yang akan menerima Vaksin Pfizer-BioNTech. ''Saya menyeru seluruh rakyat negeri Kedah untuk bersikap positif dan bersedia untuk divaksin. Pendaftaran boleh dibuat melalui aplikasi MYSejahtera. Rakyat yang berumur 18 tahun keatas wajib mengambil vaksin untuk kebaikan bagi pelindungan berkelompok yang telah diberi imunisasi. ''Inshaallah program ini dapat menurunkan kadar jangkitan di Kedah. ''Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Sumber Manusia kerana telah melaksanakan Akta 466, dimana pusat penempatan pekerja sektor pembinaan dan industri telah dikawal selia sehingga kadar jangkitan dapat dikawal'', ujarnya. Menurut Muhammad Sanusi, pemberian vaksin bagi daerah-daerah akan disusun oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan MKN. Ketua bagi proses vaksin negeri diketuai oleh Dato' Paduka Ammar Dato' Shaikh Mahmood Naim manakala daerah akan diketuai oleh Pegawai Daerah. Dewan-dewan milik PBT dan agensi kerajaan akan digunakan oleh Jabatan Kesihatan dan MKN untuk melaksanakan proses vaksinasi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 2/28/2021, 7:26:03 PM 

Tiada ulasan