Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


EXCO AGAMA LANCAR KEMPEN PENGHAYATAN SOLAT PENDANG - Pengerusi Jawatankuasa Agama, YB Dato' Haji Najmi Haji Ahmad melancarkan Kempen Penghayatan Solat peringkat Negeri Kedah Darul Aman di Masjid Jami'ur Rahman Kampung Tempoyak, Pendang baru-baru ini. Pelancaran ini diadakan ketika berlangsung sesi Forum Perdana Khas sempena sambutan Israk Mikraj anjuran Pejabat Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia kerjasama Yayasan Islam Negeri Kedah serta Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM). Forum tersebut dipengerusikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Mohd Aizat Zakaria dan panel jemputan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Kedah, Sheikh Mohamad Rodi Abd Rahman. "Saya harap kita sebagai rakyat dapat menyemarakkan negeri kedah dengan syiar-syiar yang boleh mencerminkan kedah sebagai kekuatan ibadah. Warga-warga yang berdekatan dengan masjid adalah kekuatan kita. "Kepada sesiapa yang ingin menganjurkan program boleh berhubung dengan Pejabat Daerah untuk atur program bersempena dengan hari-hari kebesaran Islam. Dan kita akan bagi peruntukan," ujar beliau ketika sesi akhir di dalam forum tersebut. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/15/2021, 3:04:00 PM 

Tiada ulasan