Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
BADAN KEBAJIKAN KAFA TERIMA RM100 RIBU ALOR SETAR- Kerajaan negeri meluluskan sumbangan RM100 ribu ke dalam tabung Badan Kebajikan Warga KAFA (BKWK) untuk tujuan kemajuan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA). Sumbangan ini disampaikan oleh YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan KAFA di Seri Mentaloon sebentar tadi. Kerajaan negeri juga menyokong penuh usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menaik taraf perjawatan guru KAFA. Muhammad Sanusi berharap dengan penstrukturan semula ini, guru-guru menjadi lebih berkualiti serta mampu melahirkan anak-anak didik yang cemerlang dan gemilang pada masa depan. Atas dasar ini, kerajaan negeri akan sentiasa meletakkan keutamaan yang tinggi dalam menjaga kebajikan 3206 guru KAFA di Kedah. ''Tahniah kepada jawatankuasa badan kebajikan warga KAFA bagi kejayaan merancang, mengelola dan menganjurkan mesyuarat ini. ''Saya berharap mesyuarat ini menjadi platform yang penting dalam menambah baik segala agenda yang dirancang bagi memperkasakan lagi kebajikan gugu-guru KAFA'', ujar Muhammad Sanusi. Menurutnya lagi tanggungjawab yang dilaksanakan oleh para guru KAFA adalah sangat penting dalam pembentukan ummah. YAB turut mengingatkan kepada semua yang hadir agar sentiasa menjaga SOP demi kelangsungan kesihatan diri dan keluarga selepas majlis ini tamat. Hadir sama Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia YB Brigedier Jeneral Dato' Haji Najmi Haji Ahmad (B), Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Tuan Haji Mohd Yusri Haji Md Daud. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 3/18/2021, 2:38:20 PM
Post a Comment