Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MASYARAKAT SIAM TERIMA SUMBANGAN BERAS SEJAHTERA SIK – Seramai 20 keluarga masyarakat Siam Kampung Charok Padang menerima sumbangan Beras Sejahtera melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Jeneri. Sumbangan ini disampaikan oleh Pegawai Khas Kawasan II Kepada YAB Menteri Besar, Haji Badrul Hisham. "Slogan Kerajaan negeri "Kedah Sejahtera - Nikmat Untuk Semua" di bawah kepimpinan YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah merangkap ADUN Jeneri adalah untuk memastikan nikmat kesejahteraan yang lebih menyeluruh dapat dirasai oleh semua warga Kedah, tanpa ada yang terkecuali dan tanpa mengira latar belakang," ujar beliau. Turut hadir, Pegawai Khas ADUN Jeneri, Ustaz Mohd Rizal dan wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Charok Padang, Vina. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 3/3/2021, 5:00:01 PM 

Tiada ulasan