Header Ads

test

PULAU PINANG HANYA BERHAK LIMA PERATUS ALOR SETAR – Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa Pulau Pin...


PULAU PINANG HANYA BERHAK LIMA PERATUS ALOR SETAR – Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa Pulau Pinang mempunyai kawasan tadahan (catchment area) di Sungai Muda hanya sebanyak lima peratus. "Jika kawasan tadahan dia (Pulau Pinang) lima peratus, dia perlu ambil lima peratus. Jika kawasan tadahan dia besar, dia ada hak guna banyak," ujar beliau kepada sidang akhbar setelah selesai Mesyuarat Ahli Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, hari ini. Menurut Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor Kerajaan negeri akan menggunakan konsep adil dan saksama (Fair and Justice) dan konsep Riparian Rights dalam mengendalikan sumber air negeri ini. Konsep ini diguna pakai setelah diputuskan dalam sesi libat urus Jawatankuasa Panel Pakar Sumber Air Negeri Kedah di bawah kendalian Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) yang ditubuhkan semalam. Seramai 16 panel dilantik antaranya Ahli Lembaga Pengarah Sumber Air, bekas Pengarah Jabatan Air dan Saliran, penggiat industri air, pensyarah, ahli kimia, pakar sejarah dan pakar teknikal yang masih berkhidmat di swasta. "Konsep adil dan saksama (Fair and Justice) iaitu sebanyak mana kita guna, sebanyak itu kita bayar dan konsep Riparian Rights iaitu sungai mengalir di sempadan dua negeri maka negeri tersebut juga memiliki hak untuk menggunakan air tersebut. Riparian rights yang digunakan oleh antarabangsa diukur melalui keluasan kawasan tadahan. "Riparian Rights ialah tentang sempadan-sempadan di mana sungai itu melintas. Terkeluar dari Riparian Rights apabila tempat penggunaan air itu telah terpisah daripada sungai itu. Contohnya konsep ini mungkin terpakai kepada Seberang Perai dan sekitar Sungai Muda yang mengalir tetapi tidak terpakai kepada Pulau Pinang yang terpisah dengan laut," ujarnya. Menurut beliau, di Australia dan Kanada semua negeri dalam persekutuan membayar yuran penyelenggaraan kepada negeri yang mempunyai kawasan tadahan yang bekalkan air. "Kedah diistilahkan sebagai tempat himpunan air kerana memiliki kawasan tadahan yang besar. Pakar menasihatkan Kedah supaya mengembangkan potensi sebagai tempat himpunan air di utara semenanjung setelah mengadakan rancangan yang teliti. "Negeri yang mempunyai sumber air yang banyak, sepatutnya ekonomi berkembang pesat, tetapi sekarang ini nampaknya tidak seimbang. Negeri yang mempunyai bekalan air yang banyak namun perkembangan ekonominya semakin perlahan. Ini merupakan satu ketidakadilan. "Saya takkan berhenti bercakap isu ini sehingga Pulau Pinang membayar penggunaan air dari sumber Sungai Muda," tegas beliau. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/9/2021, 6:30:44 PM 

Tiada ulasan