Header Ads

test

SANUSI HARGAI USAHA PERTAHAN TAPAK TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA ALOR SETAR - Kerajaan negeri sedaya upaya akan memartabatkan merc...


SANUSI HARGAI USAHA PERTAHAN TAPAK TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA ALOR SETAR - Kerajaan negeri sedaya upaya akan memartabatkan mercu tanda warisan Negeri Kedah yang merupakan tapak tamadun awal Asia Tenggara di Sungai Batu, Merbok. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata beliau telah mengarahkan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri(BPEN), Pejabat Daerah Kuala Muda, Jabatan Warisan dan kumpulan pengkaji sejarah, Profesor Dato' Dr Mokhtar Saidin untuk menyelesaikan isu sempadan dan gunatanah di sekitar kawasan tapak sejarah Sungai Batu. "Satu mesyuarat akan diadakan pada hari Ahad tujuh Mac 2021 yang akan dipengerusikan oleh Dato' Norizan Khazali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri. "Pada tahun lalu, semua pihak terbabit telah pun mengadakan perbincangan dan rundingan di tapak tersebut yang dikendalikan oleh Pengarah BPEN, En Mahazi Ibrahim, tetapi penyelesaian tuntas belum dapat dimuktamadkan," jelas beliau Facebook milik beliau sendiri. Katanya, proses membaik pulih ini memerlukan masa dan perlu diteliti dari aspek perundangan dan pembiayaian yang melibatkan pelbagai agensi yang terlibat. "Saya berharap, kami diberi masa yang secukupnya untuk berusaha dari semua sudut agar usaha melonjakkan tapak tamadun ini sebagai 'telaga' ilmu dan kebijakan warisan Kedah Darul Aman dapat dijayakan,"ujar beliau lagi. Beliau turut memaklumkan berkaitan dengan perumahan yang didiami oleh penduduk di tanah yang tidak sah akan diambil perhatian dengan lebih serius kerana ia melibatkan penduduk miskin yang tidak memiliki tapak rumah untuk didiami secara sah. "Kerja-kerja membuat lot-lot tapak rumah sedang diusahakan oleh Tuan Pegawai Daerah dan akan memberi manfaat kepada ratusan keluarga miskin di kawasan terbabit memiliki tapak rumah seluas lebih kurang 3000 kaki persegi setiap keluarga. Syaratnya jangan beri kepada orang kaya atau yang sudah ada rumah dan tanah, " katanya lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 3/5/2021, 8:26:39 PM 

Tiada ulasan