Header Ads

test

SKIM EX-GRATIA BENCANA KERJA JAMIN KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM YAN - Kerajaan negeri bersetuju membuat bayaran kepada pegawai awam ...


SKIM EX-GRATIA BENCANA KERJA JAMIN KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM YAN - Kerajaan negeri bersetuju membuat bayaran kepada pegawai awam kerajaan yang mengalami kemalangan ketika menjalankan tugas dengan mengguna pakai Skim Ex-Gratia Bencana Kerja bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dengan beberapa pindaan. "Mesyuarat kali ini bersetuju menerima pakai Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (WP 6.3), Skim Ex-Gratia Bencana Kerja bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dengan membuat beberapa pindaan untuk digunapakai di negeri Kedah. Kita memutuskan Ex-Gratia ini dibayar sehingga mencapai umur persaraan," ujar Menteri Besar ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah semalam. YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor turut memaklumkan mesyuarat tersebut bersetuju membayar pampasan kepada keluarga almarhum Mohamad Naim Ahmad. Beliau yang merupakan seorang kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meninggal dunia dalam kemalangan ketika menjalankan tugas di rumah pam Kampung Rawai, Sik pada 2019 lalu. Beliau berumur berusia 28 tahun ketika tragedi terbabit. Bayaran akan dikira bermula 23 Oktober 2019 iaitu ketika kemalangan tersebut berlaku. Bayaran itu dibuat kepada balunya Nur Syafida Zaharuddin dan juga dua anaknya bakal menerima manfaat skim ini sehingga berumur 21 tahun atau sehingga menamatkan ijazah yang pertama. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/18/2021, 5:00:03 PM 

Tiada ulasan