Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


RTM NADI PENYAMPAIAN MAKLUMAT KERAJAAN KEPADA RAKYAT ALOR SETAR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi nadi utama kepada kerajaan negeri dalam menyampaikan maklumat pembangunan kerajaan kepada rakyat. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian di Majlis Perasmian Sambutan Hari RTM yang ke-75 di Auditorium RTM Kedah, hari ini. "Dengan adanya program seperti Bicarawara Hello YB, saya rasakan ini merupakan peluang yang sangat baik untuk semua wakil rakyat menyampaikan segala maklumat berkaitan pembangunan kawasan-kawasan mereka, yang mana ada di antara rakyat, kadang-kadang tak tahu apa yang kerajaan sudah lakukan untuk mereka. "Inilah peluang yang perlu digunakan untuk sampaikan maklumat kepada rakyat kerana radio merupakan antara medium yang sangat berkesan dan memainkan peranan penting untuk menyalurkan maklumat," ujar beliau. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak RTM atas pelaksanaan program keagamaan bagi mendidik masyarakat dan pendengar. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, YB Romani Wan Salin, Pengarah Penyiaran Negeri Kedah, Sharimah Abu Bakar, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie dan Pengurus Besar Pos Malaysia Negeri Kedah, Yushaini Yusof. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/1/2021, 5:02:55 PM 

Tiada ulasan