Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PERANAN WANITA BESAR DALAM INSTITUSI KELUARGA ALOR SETAR- Wanita perlu tampil ke hadapan dalam memahami ilmu pengetahuan mengenai hak-hak istimewa yang dimiliki oleh kaum wanita serta mengambil berat dalam penjagaan kesihatan. "Berilmu itu penting, bukan sahaja kita dapat menghindari dari penganiayaan malah akan dipandang tinggi, maju, dan mampu berfikir jauh,'' ujar isteri Menteri Besar yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Isteri Wakil Rakyat (PIKAT), Puan Hajah Jusmalailani Jusof dalam majlis perasmian Sambutan Hari Wanita yang bertemakan Wanita Sihat, Kedah Sejahtera 2021 di Dewan Seri Mentaloon, semalam. Menurutnya lagi, majlis ini mendapat kerjasama daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN). ''Saya amat mengalu-alukan penglibatan jawatankuasa serta agensi kerajaan untuk berganding bahu bersama NGO wanita khususnya dalam menganjurkan program seperti ini,''ujar beliau. Peranan wanita sangat besar dalam institusi keluarga, tidak kira di kampung, bandar, negeri ataupun negara. Justeru, wanita tidak perlu bersaing dengan kaum lelaki kerana wanita merupakan sumber kekuatan bagi lelaki. Turut sama Pengerusi Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri YB Halimaton Shaadiah Saad; Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negera (LPPKN) Negeri Kedah, Chai Cheng Ho@ Dennis Chai, Pengerusi Pertubuhan Wanita Nurhikmah Kedah, Fatimah Wan Teh serta ahli PIKAT Negeri Kedah. Dalam majlis yang sama, turut diadakan Talkshow Kesihatan Wanita yang diuruskan oleh Pertubuhan Wanita Nurhikmah Kedah (NURHIKMAH). 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #pikatkedah #sambutanhariwanita2021 -UPDA 4/4/2021, 3:33:38 PM 

Tiada ulasan