Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


RINGKASAN KULIAH DHUHA (23 APRIL 2021) Penceramah: Pegawai Khas (Agama) kepada Menteri Besar, Sheikh Yusuf Hj Ahmad 1. Perkara sunat sepanjang bulan ini akan digandakan kepada kita. 2. Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan sunnah pada bulan ramadhan. Maka (pahalanya) seperti orang yang melakukan amalan fardhu pada bulan lainnya. Dan barangsiapa yang melakukan amalan satu amalan fardhlu di bulan Ramadhan maka (pahalanya) seperti orang yang melakukan 70 amalan fardhu pada bulan lain." 3. Sekiranya bulan puasa tidak pulun buat pahala, kita 'rugi tergedik-gedik' sebab semua amalan kita akan diganjar umpama tunaikan amalan fardhu. 4. Jangan jadi 'suami cap ayam', patut kita bawa anak isteri untuk pulun amalan sunat ke masjid bukan halang atau tidak menggalakkan mereka ke masjid. 5. Sekiranya Ramadhan pun ada masih tidak sempat solat berjemaah sekeluarga, tidak sempat bersedekah, tidak berwakaf, tidak mengaji, tidak baca Quran, kita perlu bermuhasabah. 6. Yang terlepas biarkan, sekarang masih ada masa buat mana yang tertinggal. 7. Kelebihan solat bersama Imam Rasulullah SAW bersabda: إنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ Maksudnya: "Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam)". [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 734] [Hadith ini adalah Hasan Sahih sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Tirmizi]. 8. Kitab Taqrirat Sadidah ada ditulis keutamaan solat witir iaitu disunat berjemaah. Lafaz Nabi SAW di dalam hadith iaitu "solat bersama imam sampai ia selesai" jelas menunjukkan bahawa yang menjadi anjuran dan sunnah Nabi adalah solat sunat tarawih bersama imam dari awal sehingga imam selesai solat witir. 9. Kita berjihad apabila hidupkan malam dengan beribadah. 10. Isteri solehah sekalian elakkan jamu makan suami sedap-sedap kerana ia menghalang mereka melaksana ibadah. Buat sederhana sahaja. 11. Perlu ketahui fardhu dan sunat dalam menunaikan ibadah puasa. Misalnya kes air termasuk dalam rongga ketika mandi yang disyariatkan (mandi sunat Jumaat) dan mandi yang tidak disyariatkan (mandi biasa akibat panas dll) hukumnya berbeza. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #kuliahdhuha -UPDA 4/28/2021, 9:48:21 AM 

Tiada ulasan