Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


RINGKASAN KULIAH DHUHA (23 APRIL 2021) Penceramah: YB Senator Ustaz Haji Ahmad Yahaya 1. Ilmu adalah umpama permata yang didambakan oleh manusia. 2. Imam Al Ghazali menegaskan kedudukan ilmu adalah 'asyraf' (lebih mulia) daripada ibadah. 3. Tetapi ilmu pula menjadi bermanfaat jika ia diterjemah dalam bentuk ibadah. 4. Ilmu tanpa ibadah (amal) bagai 'haba an mansura' (debu berterbangan) – Surah al-Furqan ayat 23. 5. Kadangkala yang solat terawih 8 yang kalut keluar masjid kita ingat ada hal penting rupanya sangkut di kedai tom yam. 6. Pokok ilmu yang ditanam akan berguna apabila tumbuh buahnya (amal ibadah). 7. Imam Hasan al Basri berpesan tuntut ilmu jangan sampai mudharat ibadah dan jangan beribadah sehingga mudharat ilmu. Keduanya perlu seiring cumanya ilmu itu lebih utama. 8. Ilmu itu adalah imam manakala amal itu adalah makmumnya. 9. Ilmu itu asal dan ikutan. Ilmu adalah perkara utama sebagai khalifah kerana itulah Nabi Adam AS diajari ilmu (al asma') mufradat, ulum, bahasa-bahasa untuk persediaan menjadi khalifah mentadbir di bumi. 10. Ilmu dahului dengan ilmu aqidah kemudian ilmu syariah, ilmu batin (hati). Dalam ibadah perlu tahu rukun dan syarat-syarat ibadah. Umpama merendahkan rukun ibadah menjadi sunat maka batal ibadah tersebut. 11. Kadangkala bertahun kita ada kekaburan sesuatu ibadah dan itu tanda tiada ilmu. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #kuliahdhuha -UPDA 4/27/2021, 6:00:01 PM 

Tiada ulasan