Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA (NFDP) DAPAT SAMBUTAN ALOR SETAR – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, YB Dato' Suraya Yaacob mengagumi semangat dan potensi yang ada pada 50 murid perempuan yang berusia 10 hingga 13 tahun dalam permainan bola sepak. Beliau hadir ke Klinik Bola Sepak Wanita Kedah bagi memberikan sokongan kepada pemain-pemain cilik yang sertai Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang berlangsung di Kompleks Sukan Muazzam Shah Alor Setar, semalam. Menurut Suraya, klinik ini adalah salah satu jelajah wanita yang diadakan seluruh negara bagi mencari bakat pemain cilik perempuan untuk dimasukkan ke dalam program NFDP. "Bagi bawah 13 tahun pula, pemain yang berpontensi akan dipilih dan diserap ke Sekolah Sukan Malaysia. "Tahniah juga saya ucapkan kepada waris-waris peserta yang membawa anak-anak dan menanam minat kepada mereka dalam bidang bola sepak. Semua ini bermula dengan minat dan diasah bakat oleh jurulatih berkaliber," ujar beliau. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/4/2021, 11:35:47 AM 

Tiada ulasan