Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KERJA BERINTEGRITI BAWA KEBERKATAN ALOR SETAR – Penjawat awam diharap mengekalkan prestasi cemerlang dan budaya integriti sepanjang perkhidmatan bagi merealisasikan visi kerajaan negeri Kedah. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Brigedier Jeneral (B) YB Dato' Haji Najmi Haji Ahmad berkata, semua penjawat awam perlu memiliki sikap integriti kerana ini adalah modal pelabur untuk bekerjasama dengan Kedah. "Kalau kita perhatikan, dalam tempoh pandemik COVID-19, ekonomi di seluruh dunia menguncup dengan begitu teruk. Tapi Alhamdulillah, di negeri kita, walaupun kesannya tetap kita rasa namun prospek pelaburan untuk masa hadapan adalah sangat baik. "Kita kena bekerja dengan lebih kuat, dan dengan penuh berintegriti supaya apa jua usaha yang kita lakukan akan terus diberkati," ujar beliau. Beliau berucap demikian di Majlis Berbuka Puasa bersama Pegawai Tadbir Negeri, Pegawai Tadbir Persekutuan, Pegawai Tadbir Agama & Penghulu Mukim Seluruh Kedah di Dewan Seri Mentaloon untuk menyampaikan mandat Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor yang tidak dapat hadir, semalam. Dato' Najmi turut mengingatkan agar mengambil peluang di dalam bulan Ramadan ini untuk memperbanyakkan sedekah, selawat dan membaca al-Quran. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Paduka Ammar Dato' Shaikh Mahmood Naim, Mufti Negeri Kedah, Dato' Paduka Sheikh Fadzil Awang dan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/21/2021, 2:00:00 PM 

Tiada ulasan