Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PUASA DAN KESIHATAN Nabi Muhammad SAW bersabda : صُوْمُوْا تَصِحُّوا "Berpuasalah kamu nescaya kamu sihat." Riwayat al-Thabarani Menurut pakar sel biologis Dr Ohsumi, badan orang yang berpuasa akan menjalani proses di mana sel yang rosak akan dimakan oleh sel yang sihat. Penukaran sel-sel baru ini menjadikan badan dan otak kita menjadi segar serta aktif. Kanser di dalam tubuh juga dapat dirawat dengan mengamalkan berpuasa. Ini kerana sel-sel sentiasa dipulihkan. Berpuasa adalah detoks paling berkesan. Racun dan toksin di dalam badan dapat dibuang melalui detokfikasi ini. Justeru pemilihan makanan seharian perlu dititikberatkan bagi mengelakkan kemudaratan pada diri. Penggunaan stevia di dalam pemakanan bagi menggantikan gula mampu merawat kencing manis selain mengamalkan kurangkan karbohidrat lebihkan lemak dan protein. Dengan berpuasa, kita dapat merawat sel-sel neuron dalam otak. Ini menjadikan otak lebih cerdas dan aktif. Hasil daripada sentiasa berpuasa ini, kita melihat para ulama terdahulu dapat menghafal Al-Quran, ribuan hadis malah mengarang ratusan kitab yang masih diguna pakai hingga kini. Berpuasa juga dapat merehatkan usus. Ia dapat mengimbangi antara bakteria baik dan bakteria jahat. Bakteria baik yang dipanggil probiotik ini membantu penghadaman makanan di dalam usus. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dapat menghasilkan probiotik di dalam badan. Ianya baik dalam proses metabolisma badan. Kuliah Dhuha Jumaat YB Dato' Dr Mohd Hayati Othman Seri Mentaloon. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #kuliahdhuhajumaat -UPDA 4/18/2021, 4:00:43 PM 

Tiada ulasan