Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MB SERU RAKYAT SAHUT KEMPEN DAFTAR IMUNISASI VAKSIN LANGKAWI - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor hadir menyampaikan sumbangan kepada guru al-Quran, penggali kubur, bidan kampung, juru mandi jenazah, bomoh patah dan mudim di Masjid Aishah, Sungai Menghulu, semalam. Haji Sanusi menyeru rakyat Langkawi untuk mengambil imunisasi vaksin COVID-19 bagi melancarkan sektor pelancongan. "Kita kena ambik vaksin ini untuk penduduk Langkawi, dan kita akan buka "bubble travel". Semua orang yang dah ambil vaksin di negeri lain, sama ada kawasan hijau, kuning dan merah, kini boleh mai Langkawi. Mereka (pelancong) dah vaksin, orang Langkawi pun dah vaksin. Dua-dua pihak dah vaksin, baru boleh bergaul. "Saya amat harap tuan-tuan sokong usaha yang dibuat oleh Pegawai Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah, polis, tok penghulu dan wakil rakyat untuk orang Langkawi cucuk vaksin," ujar beliau dalam ucapan tersebut. Selepas penyampaian sumbangan, Haji Sanusi berbuka puasa bersama-sama penduduk. Hadir sama, ADUN Ayer Hangat, YB Juhari Bulat, ADUN Kuah, YB Mohd Firdaus Ahmad, Pegawai Daerah Langkawi, Haji Saiful Anwar Azmi dan Pegawai Agama Langkawi, Syeikh Zainul Mukhtar Abdullah Sirajuddin. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/27/2021, 10:00:18 AM 

Tiada ulasan