Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


200 ORANG TERIMA SUMBANGAN RAMADHAN MENTERI BESAR JITRA – Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menyampaikan sumbangan kepada 200 penerima di Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Peringkat Daerah Kubang Pasu yang berlangsung di Masjid Tuan Guru Haji Salleh, Kampung Lubuk Kawah, Jitra, semalam. Antara penerima sumbangan ini terdiri daripada guru Al-Quran, penggali kubur, bidan kampung, juru mandi jenazah, bomoh patah dan mudim. Haji Sanusi menzahirkan penghargaan beliau kepada guru Al-Quran dalam menjadikan anak kampung celik Al-Quran. Begitu juga dengan tugas bidan kampung, mudim, juru mandi jenazah dan penggali kubur yang mempunyai peranan masing-masing dalam masyarakat. Sementara itu, seramai 400 penerima lagi akan menerima sumbangan tersebut melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat dan Penyelaras DUN masing-masing. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, YB Halimaton Shaadiah Saad, ADUN Ayer Hitam, YB Haji Azhar Ibrahim, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Haji Mohd Aruf Darus, Pegawai Agama Islam Daerah Kubang Pasu, Sheikh Mohd Suhaimi Haji Soleh dan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritenden Rodzi Abu Hassan. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/19/2021, 11:11:00 AM 

Tiada ulasan