Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


INTIPATI KULIAH ZOHOR RAMADHAN 1442 Disampaikan oleh: Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Ustaz Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden (27 April 2021). 1. Semasa kita di tahap pelajar sekolah atau universiti, kita diseru pergilah mencari ilmu. Dua cabang ilmu perlu dipelajari iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. 2. Fardhu ain adalah wajib atas ain (individu) yang ada. Manakala kifayah adalah bermaksud 'cukup' iaitu jika ada sebahagian/ sekumpulan masyarakat memiliki ilmu itu. 3. Fardhu ain terdiri kepada ilmu aqidah, ibadah (fekah) dan tasawuf. 4. Fekah juga ada konsep when (bila nak tunai ibadah itu), what (ibadah apa), how (kaifiyat ibadah dilaksanakan). 5. Tasawuf pula berperanan memperbetulkan ibadah dan semak (check) semula adakah ia dilaksana kerana Allah atau kerana makhluk. 6. " Kita hadir kuliah ini atas arahan ketua jabatan ka atau kita sendiri mencari sesuatu yang kita hilang dan memang kerana Allah." 7. Ada tok tok guru yang ingin didik hati tasawuf dengan mencuci tandas. Tujuannya agar hilangkan rasa besar diri dan mencuci kekotoran hati. 8. Fardhu kifayah ini pula akan melengkapkan pengamalan ilmu fardhu ain. 9. Misalnya ilmu memasang paip air yang mana air itu akan diguna untuk amal fardhu ain (toharah). 10. Fardhu ain dan kifayah perlu diletak sekali tidak boleh terpisah. Misalnya pereka fesyen itu fardhu kifayah dan tiada kaitan fardhu ain maka ia akan reka fesyen yang melanggar syarak dan hanya mengejar keuntungan sahaja. 11. Sistem pendidikan perlu diterap agar dua fardhu ini disatukan atau disebatikan. Misalnya dalam subjek sains, anak-anak kita akan belajar proses kitaran hujan, isi kandungan digabung dengan ilmu tauhid iaitu alam bukan sekadar semulajadi tetapi ia ciptaan Allah. 12. Orang yang berilmu senibina (arkitek) misalnya perlu gabung ilmu iaitu melukis plan rumah 3 bilik minima yang mengikut Hadis Rasulullah SAW. Nabi mengajar kita menyedia bilik yang memisahkan anak lelaki dan perempuan. 13. Pekerja yang ada fardhu ain tidak akan buat penipuan dalam pekerjaannya, tiada side deal (rundingan tepi) dengan pelanggannya dan ada persetujuan kerja yang jelas tanda selindung dengan niat lain. 14. Islam tidak terpisah dengan nombor. Dalam rakaat solat, dalam penciptaan bumi 7 lapis dan banyak hal ibadat soal nombor adalah penting dalam Islam, tetapi hari ini pelajaran Matematik seolah dipisah daripada fekah dan ibadah. 15. Kesimpulannya ilmu fardhu kifayah perlu digabung dengan ilmu fardhu ain agar semua individu terpandu dan terarah dalam kehidupan serta pekerjaannya. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #takzirahzohorramadhan -UPDA 4/27/2021, 10:00:00 PM 

Tiada ulasan