Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PONDOK FAUZI TERIMA SUMBANGAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI YAN - Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan kepada lima rumah terbakar di kediaman dua tingkat Pondok Haji Fauzi, Yan baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, YB Brigedier Jeneral (B) Dato' Najmi Ahmad hadir menyerahkan sumbangan itu kepada Pengetua Pondok Haji Fauzi, Ahmad Sazali Ahmad Fauzi. Serahan ini disaksikan ADUN Sungai Limau, YB Mohd Azam Abd Samat dan Pegawai Agama Daerah Yan, Syeikh Alwi Othman di Pondok Haji Fauzi, di sini. Hadir sama, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah, Mohd Aizat Zakaria dan Pengerusi UMNO Kedah, Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Kejadian itu berlaku ketika penduduk sedang solat tarawih dan tiada melibatkan kemalangan jiwa. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/20/2021, 10:19:04 AM 

Tiada ulasan