Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


IMAM LANTIKAN NEGERI TERIMA SUMBANGAN RM500 ALOR SETAR – Kerajaan negeri memperuntukan RM112 ribu kepada 224 imam masjid lantikan negeri sebagai bantuan khas bagi tahun ini. Sebagai menghargai khidmat bakti ini, kerajaan negeri bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM500 kepada setiap pegawai masjid. Majlis Penyerahan Bantuan Khas One Off Kepada Pegawai Masjid Penerima Elaun Kerajaan Negeri di sampaikan oleh Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Dewan Seri Mentaloon, semalam. Menurutnya, kerajaan berusaha tidak akan mengabaikan aspek yang berhubung kait dengan agama Islam. Justeru, kerajaan negeri berharap sumbangan ini dapat menjadi pemangkin kepada semangat untuk terus dapat mencurahkan khidmat bakti. ''Saya menyeru pegawai masjid terutama selaku imam dan pengerusi jawatan kariah untuk sentiasa berusaha menjadikan masjid sebagai tumpuan utama bagi masyarakat islam setempat,''ujar Muhammad Sanusi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah #KerajaanPrihatinRakyat -UPDA 4/8/2021, 5:00:00 PM 

Tiada ulasan