Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


RM2.1 JUTA PERUNTUKAN KHAS DARI KERAJAAN NEGERI SIK - RM2.1 juta diperuntukkan untuk diagihkan kepada guru Al-Quran, bidan kampung serta individu yang menguruskan jenazah atau pihak-pihak yang memberi khidmat masyarakat secara sukarela. Menteri Besar berkata, setiap orang akan menerima sumbangan duit dan barangan keperluan bernilai RM250 bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Sumbangan ini akan diberikan pada bulan Ramadhan dan akan disampaikan kepada seluruh masjid di negeri Kedah yang membabitkan kira-kira 150 orang penerima bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN). Katanya, setiap wakil rakyat dan pejabat daerah di setiap kawasan perlu menyenaraikan senarai yang layak menerima sumbangan ini. Demikian menurut YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan di Masjid Al Muhtadin Sik Dalam hari ini. Kerajaan negeri memberi sumbangan RM1000 kepada 30 buah masjid di daerah Sik bagi melaksanakan Program Istiqbal dan Ihya Ramadhan tahun ini bertepatan dengan slogan kerajaan negeri, Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. ''Kita ada banyak program yang diatur oleh jabatan dan kariah masjid. Saya ingin mengingatkan supaya kita sentiasa mematuhi SOP. ''Saya juga ingin mengingatkan sempena dengan Ramadhan tahun ini, kita perlu menjaga perpaduan dan kesepakatan antara anak-anak kariah. ''Marilah kita bersama-sama mengimarahkan masjid dengan majlis ilmu. Seluruh masjid di Kedah perlu disuburkan dengan majlis ilmu,"ujar beliau. Katanya, setiap daerah akan diadakan program majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar yang akan diuruskan oleh Pejabat Menteri Besar. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 4/4/2021, 9:40:53 PM 

Tiada ulasan