Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


ELAUN TUNGGAKAN SETIAUSAHA, PEGAWAI JPKK SELESAI ALOR SETAR - Kerajaan negeri meluluskan RM3,256,400 bagi membayar elaun tertunggak dari Januari hingga Mac kepada Setiausaha dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan elaun ini kepada pegawai daerah negeri Kedah semasa Majlis Perhimpunan Penjawat Awam di Wisma Darul Aman semalam. Dalam satu kenyataan Menteri Besar pada 1 April lalu, beliau menyatakan bahawa, kelulusan elaun JPKK ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK). Beliau berkata, sekiranya Kerajaan Persekutuan telah membuat bayaran, dana ini akan dikembalikan semula kepada kerajaan negeri Kedah. Maklumnya, keputusan tersebut dibuat atas keprihatinan kerajaan kepada 1018 pengerusi dan 1017 setiausaha JPKK seluruh Kedah yang terjejas akibat kelewatan menerima elaun. Dalam majlis yang sama, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyerahkan wakalah agihan zakat bagi tahun 2020 berjumlah RM269,635.59 kepada Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah yang diwakili oleh pegawai kewangan negeri, YB Dato' Haji Isahak Murat. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah #JPKKKedah -UPDA 4/9/2021, 1:00:10 PM 

Tiada ulasan