Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PELAKSANAAN SOP DI INSTITUSI PENDIDIKAN DIPERKETAT ALOR SETAR – Kerajaan negeri mengambil perhatian serius tentang kewujudan Kluster Pendidikan yang muncul di institusi sekolah sejak kebelakangan ini. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Brigedier Jeneral (B) Dato' Haji Najmi Haji Ahmad berkata sedemikian selepas mesyuarat bersama Exco-Exco Pendidikan Negeri termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dipengerusikan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin. Mesyuarat ini mencadangkan pemantauan yang lebih ketat dalam pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP). Kluster Pendidikan bukan hanya tertumpu di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi tetapi melibatkan semua institusi pengajian tinggi hingga rendah. "Saya harap semua pihak termasuk ibu bapa tidak panik dengan situasi ini, kekalkan penjagaan SOP dan amalan kebersihan. "Suka untuk saya sebut, bagi umat Islam marilah kita berdoa supaya wabak melanda negeri dan negara kita ini diangkat pergi buat selama-lamanya. Doa itu senjata Mukmin," ujar beliau di laman Facebook milik beliau sendiri. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/26/2021, 3:32:13 PM 

Tiada ulasan