Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


PEKAN RABU TERPILIH DALAM KEMPEN PEMBUDAYAKAN NORMA BARU ALOR SETAR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Sri Alexander Nanta Linggi melancarkan Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Pasar Pekan Rabu, di sini, baru-baru ini. "Sebanyak enam pasar utama di seluruh negara terpilih bagi menjayakan kempen ini. "Pekan Rabu ini adalah antara enam pasar yang disenaraikan. Ini kerana Pekan Rabu sangat terkenal sebagai pilihan pelancongan domestik, " katanya ketika melancarkan kempen itu, sempena Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah. Nanta Linggi turut meminta peniaga menerima amalan pembayaran secara elektronik perlu bagi mengurangkan sentuhan dengan pelanggan," katanya. Turut hadir Pengerusi Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah Yang Berhormat Wan Romani Wan Salim; Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam dan Pengarah KPDNHEP Negeri Kedah, Rae Morn Verk. Nanta Linggi turut menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Koperasi Pekan Rabu bagi menjayakan Kempen Pembudayakan Norma Baharu. Sumber - Facebook Wan Romani Wan Salim 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #pekanrabu -UPDA 4/11/2021, 5:00:00 PM 

Tiada ulasan